Sunday, June 12, 2011

San Diego Jam Knot

Salam. Bertemu lagi. Hari ini saya akan sambung pelajaran pada posting lepas. Hari ini saya akan tunjukkan bagaimana untuk membuat ikatan atau simpulan San Diego Jam Knot. Simpulan ini merupakan satu lagi alternatif dari pelbagai simpulan yang boleh digunakan untuk mengikat mata pancing. Namun begitu, kegunaan utama simpulan ini adalah untuk mengikat kekilirdengan tali utama.

Berikut adalah langkah-langkah berserta gambarnya sekali;

Langkah 1:

Sediakan kekilir atau mata pancing yang sesuai. Masukkan tali ke dalam lubang kekilir atau mata pancing.

Langkah 2 :


Buat satu loop besar dan belitkan tali seperti Rajah di atas. Hujung tali dimasukkan ke dalam gelung besar yang dibina pada langkah 1.

Langkah 3 :


Seterusnya bawa hujung tali seperti Rajah dan masukkan ke hujung gelung. San Diego Jam Knot hampir siap.

Langkah Akhir :


Untuk mengetatkan simpulan, tarik kedua-dua hujung tali. Kemudian potong hujung tali berlebihan supaya simpulan San Diego Jam Knot anda kelihatan kemas. Tahniah ! anda telah berjaya membuat simpulan San Diego Jam Knot

Semoga ketemu lagi untuk posting selanjutnya. Terima kasih. Selamat mencuba.

No comments: