Recent Visitors

Wednesday, June 15, 2011

Bimini Twist

Salam,

Dah tiga hari saya tak buat posting ke blog ini. Hari saya nak kongsikan satu lagi jenis ikatan atau simpulan yang amat berguna bagi kita sebagai pemancing. Simpulan atau ikatan hari ini dinamakan Bimini Twist.  Sebenarnya memang dah banyak laman blog atau web yang menunjukkan bagaimana untuk membuat Bimini Twist ini. Tapi saya tetap akan kongsikan dengan pengunjung blog kemahiran bagaimana nak buat Bimini Twist ini.

Sebelum saya tunjukkan langkah-langkahnya, untuk pengetahuan pengunjung yang dihormati, Bimini Twist ini selalu digunakan untuk mengikat tali ke pokok atau ke tiang khemah atau rumah rakit. Ikatan ini amat kuat dan tidak mudah terlucut.

Berikut adalah langkah dan picnya sekali:

Langkah 1:
Ikatkan tali ke batang pokok. Buat twist seperti rajah BM1.

Langkah 2:
Lilitkan hujung tali sekali lagi pada twist yang anda telah buat pada Langkah 1. Perhatikan Rajah BM2. Pegang hujung tali.

Langkah 3:

Buat simpulan pada loop utama. Perhatikan Rajah BM3 di atas.

Langkah 4:
Ketatkan simpulan yang dibuat dengan menarik hujung tali. Lihat Rajah BM4

Langkah 5:
Buat 3 atau 4 lilitan pada loop utama. Masukkan hujung tali pada loop kecil yang terbentuk dan tarik untuk mengetatkan simpulan. Perhatikan Rajah BM5

Langkah Terakhir:
Buat pengetatan simpulan dengan menarik hujung tali seperti anak panah dalam Rajah BM6. Ikatan anda telah sempurna. Anda boleh gunakan Bimini Twist ini untuk mengikat tali ke batang pokok dan sebagainya. Selamat mencuba.

No comments: