Recent Visitors

Monday, June 20, 2011

Offshore Swivel Knot

Salam.

Kita sambung semula tutorial kita berkenaan ikatan dan simpulan yang boleh digunakan oleh pemancing dalam aktiviti memancing kita. Posting kali ini saya akan perkenalkan satu lagi jenis ikatan atau simpulan yang amat berguna untuk mengikat kekilir atau mata pancing. Ikatan ini dinamakan Offshore Swivel Knot.

Ikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1:
Masukkan loop tali ke lubang kekilir seperti Rajah OS1 di atas.

Langkah 2:
Lipat hujung loop ke atas garisan 2 tali di atas kekilir. Perhatikan Rajah OS2 di atas.

Langkah 3:
Pegang loop dan putarkan kekilir sekurang-kurangnya 5X seperti Rajah OS3, supaya simpulan menjadi lebih kuat.

Langkah 4:
Perhatikan Rajah OS4 di atas. Begitulah keadaan simpulan apabila kekilir diputarkan beberapa kali. Semakin banyak putaran yang anda buat, semakin kuat dan kukuh simpulan yang bakal terbentuk.

Langkah 5:
Ketatkan ikatan atau simpulan dengan menarik kekilir dan tali pada arah bertentangan seperti Rajah OS5. Anda akan lihat hasilnya terbentuklah Offshore Swivel Knot yang amat cantik, kemas dan kuat.

Langkah Terakhir:
Kelihatan Offshore Swivel Knot telah terbentuk. Potong hujung tali berlebihan. Pastikan, jangan potong hujung tali berlebihan terlalu pendek dari knot yang terbentuk.

Terima kasih. Bertambah lagi ilmu anda bagaimana untuk mengikat kekilir atau mata pancing. Untuk memastikan ikatan dan simpulan yang telah anda pelajari tidak lupa, selalulah menggunakan ikatan ini.

No comments: