Recent Visitors

Monday, June 20, 2011

Blood Knot

Salam

Hari ini saya kongsikan satu lagi ikatan atau simpulan. Simpulan kali ini dinamakan Blood Knot. Ianya berguna untuk menyambung dua tali yang sama saiz. Ada kalanya tali pancing kita putus atau tali pengikat sampan kita terputus. Maka anda boleh menggunakan ikatan ini untuk menyambung kedua tali tersebut.

Berikut adalah langkah atau step yang perlu anda ikuti:

Langkah 1:
pintal dua tali seperti rajah di atas. Pastikan anda membuat bilangan pintalan yang ganjil seperti 9, 11 atau 13. Semakin banyak pintalan, semakin kuat dan kukuh ikatan yang terbentuk.

Langkah 2:

Bawa kedua-dua hujung tali ke bahagian tengah pintalan. Perhatikan Rajah BK2. Hujung tali akan dimasukkan ke lubang di bahagian tengah pintalan.

Langkah 3:
Masukkan ke dua-dua hujung tali ke lubang di tengah pintalan. Ikut anak panah dalam Rajah BK3. Proses pengetatan akan dibuat dengan menarik tali utama pada arah bertentangan.

Langkah 4:
Proses pengetatan ikatan telah dibuat dengan menarik tali utama pada arah bertentangan seperti Rajah BK4. Ikatan Blood Knot telah hampir siap.

Langkah Terakhir:
Ikatan Blood Knot telah sempurna. hujung tali yang berlebihan dipotong agar ikatan menjadi kemas. Terima kasih dan selamat mencuba.

No comments: