Recent Visitors

Sunday, June 12, 2011

Improved Clinch

Salam pengunjung blog yang dikasihi.

Hari ini saya kongsikan satu lagi jenis ikatan untuk mengikat mata pancing atau kekilir yang dinamakan Improved Clinch. Ikantan ini sebenarnya satu lagi pilihan dari banyak jenis ikatan atau simpulan. Jika kita ada pilihan, kita boleh cuba setiap pilihan, yang mana satukah pilihan terbaik. (Sebenarnya semua ikatan yang saya kongsika adalah terbaik dan digunakan oleh semua pemancing dari seluruh dunia.

Baiklah. Ikuti langkah-lang berikut:

Langkah 1:

Masukkan hujung tali ke lubang mata pancing atau kekilir anda.  Buat lima lilitan seperti yang ditunjukkan oleh Rajah IC1.

Langkah 2:

Masukkan hujung tali ke loop kecil yang terbentuk. Secara tidak lansung, anda telah membina loop besar seperti yang ditunjukkan oleh Rajah IC2.

Langkah 3:

Masukkan hujung tali ke loop besar seperti yang ditunjukkan oleh Rajah IC3. Tarik hujung tali dan tali utama untuk mengetatkan ikatan atau simpulan.

Langkah Terakhir:

Setelah anda membuat pengetatan, simpulan Improved Clinch telah siap. Langkah terakhir anda hanyalah potong hujung tali berlebihan untuk simpulan kelihatan lebih kemas. Tapi ingat.. Jangan potong hujung tali terlalu pendek dengan simpulan yang telah terbentuk. Biarkan kira-kira 1cm panjang.

Tahniah. Anda telah berjaya.

No comments: