Saturday, June 11, 2011

Eye Crosser Knot

Salam. Hari ini saya nak kongsikan lagi sejenis ikatan yang digunakan untuk mengikat mata pancing atau kekilir yang sering digunakan oleh pemancing. Ikatan ini merupakan satu pilihan dari pelbagai jenis ikatan yang boleh digunakan oleh pemancing.

Sila ikut langkah serta gambar yang disertakan:

Langkah 1:

Sediakan mata pancing yang sesuai mengikut jenis ikan atau udang yang hendak anda pancing. Sediakan talinya sekali. Anda boleh gunakan perambut benang atau tangsi.

Langkah 2:

Masukkan hujung tali ke lubang mata pancing. Buat dua kali (dua gelung akan terbentuk) Lihat Rajah B. Kemudian, belitkan hujung tali ke tali utama.

Langkah 3:

Masukkan/lalukan hujung tali ke dalam gelungan (loop) dan tarik ke dua-dua hujung tali untuk mengetatkan simpulan atau ikatan.

Langkah 4 : Langkah Terakhir.

Setelah anda membuat pengetatan. Simpulan Eye Crosser Knot telah siap dan sempurna. Potong hujung tali berlebihan untuk mengemaskan ikatan yang anda buat. (Lihat Rajah D)

Tahniah. Anda telah berjaya. Setakat ini anda telah mempelajari dua jenis ikatan yang amat berguna. Jika ada kesempatan, saya akan postkan lagi beberapa jenis ikatan dan simpulan yang amat berguna untuk pemancing. Terima kasih. Selamat mencuba. Good Luck.

No comments: