Friday, October 28, 2011

Sesekali...nak tukar topik

Good Afternoon and Salam Every body.

Mohon maaf kerana lama dah tak update blog memancing ini. Bukan apa. Hanya terlalu banyak kerja. Di samping tugas sebagai penjawat awam, admin juga bertugas tidak kurang dari 15 blog yang perlu dipantau pada setiap masa. Kebanyakan blog tersebut adalah blog kepunyaan pelanggan di mana admin sebagai orang yang bertanggungjawab membangunkannya.

Kadang-kadang berlaku masalah sparmer dan hacker. Pernah sebuah blog di hack oleh Tuskish Hacker. Pening juga kepala. Tapi Alhamdulillah, semuanya selesai tetapi memerlukan banyak masa diperuntukan. Menyentuh tentang sparming, admin terbaca sebuah artikel Oleh Pak Su dalam blognya, Dunia Digital - Rtikel.com, http://rtikel.com  Bagus juga cadangan dan syor Pak Su dalam artikelnya itu. Tahniah. Saya akan joint blog Pak Su lepas saya tulis posting ini nanti.

Kembali semula ke dunia memancing. Admin tak boleh nak cerita banyak atau lebih, yang berlainan dari dunia memancing. Nanti rakan pembaca tak nak jengok lagi blog ini. Lagipun blog ini dibangunkan khusus untuk dunia memancing dan pelbagai perkara yang berkaitan dengannya. Perkara lain atau topik lain, telah ada berjuta blog yang membincangkannya. Hanya sesekali sahaja admin akan sentuh atau bincang.

Orait. Kita bincang pasal mancing semula. Admin nak cerita, baru-baru ini rakan pembaca  yang email admin, tanya bila nak siap umpanpower 2. Sebenarnya dah siap. Hanya admin belum ada kesempatan nak uploadkan ke sever. Dan kebanyakkan pembeli rahsia umpan power (Sejak dua bulan ke belakangan ini), admin telah sertakan salah satu rahsia umpan patin yang paling popular dalam Rahsia Umpan Power 2. Kebanyakkan yang telah menggunakannya, beri respons positif hasil tangkapan.

Insya Allah, admin akan uploadkan ke sever Rahsia Umpan Power 2 dalam jangka masa terdekat ini. Ia masih menggunakan alamat http://umpanpower.com

Sekian untuk kali ini.

No comments: