Salam. Bertemu lagi. Hari ini saya akan sambung pelajaran pada posting lepas. Hari ini saya akan tunjukkan bagaimana untuk membuat ikatan atau simpulan San Diego Jam Knot. Simpulan ini merupakan satu lagi alternatif dari pelbagai simpulan yang boleh digunakan untuk mengikat mata pancing. Namun begitu, kegunaan utama simpulan ini adalah untuk mengikat kekilirdengan tali utama.
Berikut adalah langkah-langkah berserta gambarnya sekali;
Langkah 1:
Sediakan kekilir atau mata pancing yang sesuai. Masukkan tali ke dalam lubang kekilir atau mata pancing.
Langkah 2 :
Buat satu loop besar dan belitkan tali seperti Rajah di atas. Hujung tali dimasukkan ke dalam gelung besar yang dibina pada langkah 1.
Langkah 3 :
Seterusnya bawa hujung tali seperti Rajah dan masukkan ke hujung gelung. San Diego Jam Knot hampir siap.
Langkah Akhir :
Untuk mengetatkan simpulan, tarik kedua-dua hujung tali. Kemudian potong hujung tali berlebihan supaya simpulan San Diego Jam Knot anda kelihatan kemas. Tahniah ! anda telah berjaya membuat simpulan San Diego Jam Knot
Semoga ketemu lagi untuk posting selanjutnya. Terima kasih. Selamat mencuba.
Sunday, June 12, 2011
Saturday, June 11, 2011
Eye Crosser Knot
Salam. Hari ini saya nak kongsikan lagi sejenis ikatan yang digunakan untuk mengikat mata pancing atau kekilir yang sering digunakan oleh pemancing. Ikatan ini merupakan satu pilihan dari pelbagai jenis ikatan yang boleh digunakan oleh pemancing.
Sila ikut langkah serta gambar yang disertakan:
Langkah 1:
Sediakan mata pancing yang sesuai mengikut jenis ikan atau udang yang hendak anda pancing. Sediakan talinya sekali. Anda boleh gunakan perambut benang atau tangsi.
Langkah 2:
Masukkan hujung tali ke lubang mata pancing. Buat dua kali (dua gelung akan terbentuk) Lihat Rajah B. Kemudian, belitkan hujung tali ke tali utama.
Langkah 3:
Masukkan/lalukan hujung tali ke dalam gelungan (loop) dan tarik ke dua-dua hujung tali untuk mengetatkan simpulan atau ikatan.
Langkah 4 : Langkah Terakhir.
Setelah anda membuat pengetatan. Simpulan Eye Crosser Knot telah siap dan sempurna. Potong hujung tali berlebihan untuk mengemaskan ikatan yang anda buat. (Lihat Rajah D)
Tahniah. Anda telah berjaya. Setakat ini anda telah mempelajari dua jenis ikatan yang amat berguna. Jika ada kesempatan, saya akan postkan lagi beberapa jenis ikatan dan simpulan yang amat berguna untuk pemancing. Terima kasih. Selamat mencuba. Good Luck.
Sila ikut langkah serta gambar yang disertakan:
Langkah 1:
Sediakan mata pancing yang sesuai mengikut jenis ikan atau udang yang hendak anda pancing. Sediakan talinya sekali. Anda boleh gunakan perambut benang atau tangsi.
Langkah 2:
Masukkan hujung tali ke lubang mata pancing. Buat dua kali (dua gelung akan terbentuk) Lihat Rajah B. Kemudian, belitkan hujung tali ke tali utama.
Langkah 3:
Masukkan/lalukan hujung tali ke dalam gelungan (loop) dan tarik ke dua-dua hujung tali untuk mengetatkan simpulan atau ikatan.
Langkah 4 : Langkah Terakhir.
Setelah anda membuat pengetatan. Simpulan Eye Crosser Knot telah siap dan sempurna. Potong hujung tali berlebihan untuk mengemaskan ikatan yang anda buat. (Lihat Rajah D)
Tahniah. Anda telah berjaya. Setakat ini anda telah mempelajari dua jenis ikatan yang amat berguna. Jika ada kesempatan, saya akan postkan lagi beberapa jenis ikatan dan simpulan yang amat berguna untuk pemancing. Terima kasih. Selamat mencuba. Good Luck.
Friday, June 10, 2011
Ikatan Mata Perambut/ Mata Pancing.
Salam. Ketemu lagi hari ini. Sesuai dengan tajuk posting, saya nak kongsikan bagaimana untuk mengikat mata pancing dengan ikatan paling asas sekali. Sebenarnya telah banyak posting di web memancing atau berkaitan pancing yang menunjukkan cara ikatan mata pancing dan tali perambut. Tetapi kebanyakkan dalam bahasa Inggeris yang mungkin agak sukar difahami oleh sesetengah pemancing.
Baikkah. Saya nak kongsi satu jenis ikatan yang paling asas bagaimana untuk mengikat mata pancing. Ikatan ini dinamakan "Ikatan Pemancing" Ikutilah langkah-langkah berikut:
Rajah 1
1.Sediakan mata pancing dan tali perambut yang sesuai seperti Rajah 1 di atas.
Rajah 2
2. Masukkan hujung tali A seperti Rajah 1 ke dalam lubang mata pancing seperti Rajah 2 di atas.
Rajah 3
3. Belitkan Hujung tali A pada gelungan tali dan mata pancing seperti Rajah 3 di atas. Semakin banyak belitan yang anda buat, semakin kuat ikatan atau simpulan yang bakal terbentuk nanti.
Rajah 4
4. Tarik pada hujung tali A dan hujung satu lagi tali ikut anak panah untuk mengetatkan simpulan. Perhatikan Rajah 4 di atas.
Rajah 5
5. Setelak proses mengetatkan dibuat, simpulan "Ikatan Pengail" telah siap. Ia kelihatan malahan realitinya, amat kuat. Patin atau Tapah 10 Kg yang terkena tidak akan terlucut. Hanya yang mungkin, mata pancing yang patah atau tali terputus sahaja sebagai penentu.
Sekian sahaja posting saya untuk kali ini. Jika ada kesempatan, saya akan uploadkan video cara membuat "Ikatan Pengail". Selamat mencuba.
Thursday, June 9, 2011
Memancing Udang Galah
Musim memancing udang galah adalah bermula dari bulan Februari sehingga bulan Jun atau Julai pada setiap tahun. Waktu ini adalah amat sesuai kerana biasanya waktu ini adalah waktu selepas banjir dan diikuti oleh musim panas yang berpanjangan. Namun begitu, di Malaysia pada masa ini, musim hujan dan panas telah tidak menentu. Walaupun pada bulan Februari sehingga Jun, dijangkakan adalah musim panas, masih ada musim hujan yang kadang-kadang meresah dan merunsingkan kaki pancing udang galah.
Kita lupakan masalah tersebut. Sebagai kaki pancing udang galah, panas 4 ke 5 hari telah cukup untuk kita melabuhkan umpan kita. Yang penting, pancing tetap pancing. Ada kesempatan..jangan tunggu lagi. Jika tunggu lagi, guruh akan berdentum di langit. Punahlah harapan kita untuk melepaskan gian menaikkan galah...
Persediaan Memancing.
- Tentukan lokasi anda dengan berbincang dengan rakan anda terlebih dahulu. (Jika saya, tidak lain dan tidak bukan, Sungai Rompin, Pahang adalah pilihan utama)
- Pastikan Engine anda dalam keadaan terbaik. Minyak 2T telah diisi sebelum memasukan bahan bakar. Jika gunakan Engine 4 Stroke, tidak perlu minyak 2T. Pastikan, jaket keselamatan, pendayung, kabel dan tangki minyak di bawa bersama.
- Jangan lupa, perkara yang amat penting, joran dan peralatan memancing termasuk peti simpanan ikan di bawa bersama. Pastikan juga, ais telah diisi.
- Dan perkara teramat penting ialah umpan seperti cacing yang akan digunakan nanti. Letakkan cacing atau umpun-umpun yang akan digunakan nanti di tempat yang tidak panas. Jangan letakkan umpun-umpun di dalam bonet belakang kereta. Kalau boleh letakkan di bahagian hadapan kereta supaya mendapat kesejukkan air-cond kereta.
- Kalau boleh buat cek list seperti berikut:
- Engine - lengkap dan berkeadaan baik
- Tool Box
- Joran - 5 batang
- Batu Ladung saiz 4 - 6
- Mata pancing saiz 9 ke 10
- Umpan
Lokasi Memancing
- Pastikan perahu/boat yang anda gunakan berkeadaan baik. Tiada kebocoran.
- Ikat engine anda ke perahu dengan ketat. Pastikan semua peralatan telah dimasukkan ke dalam perahu. Tengok semula cek list yang telah anda buat.
- Untuk keselesaan, adalah dicadangkan 2 orang untuk satu sampan.
- Bergeraklah ke hilir atau ke hulu sungai untuk mencari lokasi yang sesuai untuk anda melabuhkan pancing anda. Waktu memancing yang paling sesuai ialah pada awal pagi. Air yang mula pasang atau mula menyusut adalah waktu paling sesuai. Pada waktu ini ikan dan udang akan mula memakan umpan.
- Pilihlah lokasi di mana keadaan air tidak terlalu berarus dan tidak terlalu tenang. Udang amat suka tempat-tempat yang banyak makanan seperti longgokan sampah dan banyak anak-anak kayu.
- Setelah lokasi sesuai anda temui, ikat perahu anda ke anak pokok di tebing sungai. Kalau boleh biarkan perahu anda dalam keaadaan melintang sungai. Anda juga boleh menggunakan sauh untuk memastikan kedudukan perahu anda selesa dan sesuai untuk anda melabuhkan joran anda.
Mengesan Udang Memakan Umpan
- Ada kalanya, gerakan kuat berlaku bila pancing telah dimakan udang.
- Ada kalanya tiada kesan gerakan lansung yang boleh dilihat bila pancing telah dimakan udang terutama pada tempat yang berarus kuat atau keadaan air pasang mati.
- Oleh itu sentiasa cek pancing anda setiap 5 minit sekali. Angkat pancing perlahan setinggi empat kaki tinggi. Pada masa itu, anda akan rasa ada gerakan mengikut jika udang telah melekat di mata pancing. Sentak dengan lembut dan mulakan menggulung pancing dengan perlahan.
- Gerakan kuat pada joran tidak bermakna udang besar telah terkena. Begitu juga jika gerakan kecil pada joran, tidak bermakna udang kecil memakan umpan pancing anda. Gerakan pada joran anda juga tidak bermakna udang yang memakan umpan anda. Mungkin anak-anak ikan kecil yang juga menyukai cacing atau perumpun yang anda gunakan. Itulah cabaranya. Anda perlu sabar.
Petua Berguna
- Mulakan dengan Bismillah.
- Jaga mulut jangan celupar.
- Sentiasa ceria dan bercerita dengan rakan agar anda tidak bosan.
- Jangan menyumpah atau mengeluarkan perkataan kesat bila pancing anda tersangkut atau diputuskan buntal atau mendapat anak ikan kecil. Mereka juga adalah makhluk Allah dan mahu makan. Lepaskan semula jika anda tidak mahu.
- Sentiasa berkerjasama dan bertolak ansur dengan rakan anda.
Sekian untuk posting kali ini. Semoga maklumat yang dikongsikan berguna kepada anda. Saya juga akan buat posting dengan artikel-artikal berbahasa Inggeris khususnya berkaitan aktiviti memancing laut dalam. Terima kasih.
Cara Patin Memakan Umpan
Patin atau Pangasius Sutchi adalah spesies ikan air tawar yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong. Bentuk fizikal utamanya mempunyai dua sengat di kiri dan kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut.
Di kolam-kolam memancing air tawar, spesies ini sangat terkenal kerana ia merupakan antara spesies yang sentiasa diburu kerana keganasannya memakan umpan dan akan menarik kuat bila terkena pancing. Kekuatan mata dan tali pancing ditambah dengan pengalaman memancing menjinakkan spesies ini menjadi penentu seseorang pemancing itu berjaya atau tidak menewaskan spesies yang telah ini, terutamanya yang bersaiz melebihi 10 kilogram.
Mungkin ramai pemancing yang tertanya-tanya, bagaimanakah spesies ini meragut umpan ? Dan apakah umpan yang paling sesuai untuk menewaskan spesies ini ?
Patin adalah spesies yang suka bermain-main di kawasan tengah kolam dan sering berenang pada kedalaman kira-kira 2 kaki di bawah permuakaan air. Walau bagaimanapun, jika tiada makanan di permukaan air, spesies ini akan bergerak ke dasar kolam atau tasik untuk mencari makanan.
Kaedah pancingan paling sesuai untuk memerangkap patin adalah dengan menggunakan teknik pelampung dengan tali perambut steel bersaiz 2 ke 3 kaki di bawah permukaan air. Tekknik umpan apung juga boleh digunakan untuk mengumpan spesies ini untuk menjamah umpan.
Tetapi, apakah umpan yang paling sesuai dan amat digemari oleh spesies ini ? Sebenarnya tidak ada umpan khusus atau terbaik untuk mengumpan spesies ini. Segala-galanya bergantung kepada keadaan persekitaran kolam, tasik atau lombong itu. Bagi ikan patin yang berada di kolam-kolam memancing biasanya akan suka menjamah roti atau usus haiwan. Ini kerana semasa di kolam pemeliharaan sebelum dipindahkan ke kolam memancing, spesies tersebut biasanya diberi roti atau usus haiwan sebagai makanan hariannya.
Namun begitu, usus haiwan terutamanya usus ayam adalah menjadi makanan yang paling popular dan disukai oleh spesies ini. Sebab itu, umpan yang berasaskan usus haiwan (ayam) adalah umpan yang paling sesuai untuk mengumpan spesies ini.
Dedak yang berasaskan usus haiwan juga adalah antara makanan yang digemari oleh spesies ini. Ada juga pemancing yang mencampurkan dedak dengan roti sebagai umpan untuk memerangkap ikan ini. Sebahagian pemancing pula menggunakan roti yang dimasamkan dengan muripan, sejenis bahan penaik, sebagai ramuan umpan untuk memerangkap spesies ini.
Wednesday, June 8, 2011
Tips to Select the Best Boat for You
Boats are common both for fishing as well as for your recreation. It is also a symbol of prestige and etiquette. Spending my vacation with my friends by moving through the water gives me strength and helps to reduce my stress.
In order to make your boating experience memorable, here are some important tips like why it is important to have a boat test before purchasing a boat and so on. Hope you will be benefited by them.
For every one who loves boating possessing a new boat is just like a dream come true. But it is indeed a very tough job to get the proper fishing boat for oneself. Question may come up why it is so?
Nowadays manufacturers are designing boats in more attractive manner. All those boats come up with modern technologies both for fishing or boating. You must be aware of the fact that when options are more there are huge chances of getting confused. At that point, you may find it hard to get the best options for you.
There are certain factors that you must keep in mind while making a purchase
• First you need to look for the type that you need whether runabout, fishing boat, sail boats and so on. Before purchasing, be sure that various types meet all your demands.
• Then purpose for which you are purchasing the boat is to be considered.. Be sure which arrangements and facilities meet your demands the best.
• The place where you will use the boat is another important factor. Whether you plan to travel in a coastal area or in Great Lake is another sole determining factor while making a purchase.
• Once you are completed with these entire tasks, look for the budget. This is most important factor especially in the post phase of Global Financial Crisis. For that you can look in local newspaper. People are selling the boats in the classified section of the newspaper. Winter is the best time when you can get cheap fishing boats. This is the time when buyers are less in numbers. So you can save a lot on your fishing boat.
• When you are finished with all these tasks, you must go for the fishing boat test. When you are making any investment you have got full right to know all pros and cons about it.
• It is an obvious fact that you can hardly learn anything about a boat in little wind. In mild wind all boats seems to be very fine. Private sellers may insist you to take a drive on the sheltered water. But it's your money, so give a harsh test on the water.
Now you are ready with everything, so set off for your voyage. But over excitement can ruin all your happiness and enjoyment. While you are into the water, make sure that you have brushed up with all the safety boating tips. Always check the weather conditions and don't forget to pack your necessary clothing and a safety life jacket. Always keep a copy of navigational rules. Different countries and states have different rules for them.
I think this is enough and now it's your turn to explore the wonderful experience of boating. Don't waste your time and get ready for it.
Mariaam from Marinews.com writes articles on Boating tips, Fishing Boats tips. To Get More Information on Boating and boat reviews please click here.
Article Source: http://EzineArticles.com/?expert=Mariaam_Kales
Catfishing Rigs Put Into Action
Catfishing Rigs Put Into Action
Rigging in catfishing terms means to take into consideration how heavy the bait will be especially when you are after large fish. However, the good news here is that setting up catfishing rigs to catch big catfish does not necessarily have to be a difficult task. Luckily, there are various catfishing rigs that you can make use of. At the same time, it is important that you make use of easy rigs - one with weight and a strong hook should do.
One type of catfishing rig is known as the deep catfish rig. You need to get reliable weight instead of just a hook at the line's end if you want to make use of it correctly. This is noteworthy because using weights will let you do away with snags. Ideally, the weight used should just be around an ounce and make sure a Palomar knot is suitable with it. This type of knot is one that can also be used for clipping hooks and weight to the line. Tying this knot is also straightforward and stays nicely in place. Snapping the line has to be done before the knot is loosened when using it.
The next step is to tie the hook from the end of the line. This has to be done from a distance of about twelve inches with eighteen being the maximum. You can also make use of a wired leader as this will prevent twisting of the line around the hook but this is optional. One factor that must always be considered when making optimal use of catfishing rigs is the size of the fish. In a situation whereby your intention is to catch small catfish then it is better for you to use corresponding hooks like a number 2 and inch up to a 2/0. If you are making use of bait made of perch or shad, an 8/0 circle hook will be better because it increases your chances of getting the larger ones. This will prove to be more difficult to catch. Hook setting is a better alternative because it reduces the chance of escape once the fish is caught.
It is appropriate to use a shallow catfishing rig if you happen to be fishing in waters that are not too deep. You need excellent catfish bobbers to make these types of catfishing rigs. The distance to be maintained when placing the bobber on the hook will depend on the depth of the waters but two feet is usually okay. Then you introduce a split shot in the space between the hook and bobber. The same thing goes for other types of hooks to be used.
Irrespective of your purpose and intention, there is always a type of catfishing rig that fits you. Temperature, season and weather must be put into consideration. Catching hefty catfish will become as easy as anything once you perfect the setting of the rig. Always remember that you need the correct catfishing rigs to make your fishing interesting and easy.
Jeremy Jefferson is a catfishing expert. For more great tips on catfishing rigs, visit http://www.catfishinggenius.com.
Article Source: http://EzineArticles.com/?expert=Jeremy_Jefferson
Subscribe to:
Posts (Atom)














