Salam. Ketemu lagi hari ini. Sesuai dengan tajuk posting, saya nak kongsikan bagaimana untuk mengikat mata pancing dengan ikatan paling asas sekali. Sebenarnya telah banyak posting di web memancing atau berkaitan pancing yang menunjukkan cara ikatan mata pancing dan tali perambut. Tetapi kebanyakkan dalam bahasa Inggeris yang mungkin agak sukar difahami oleh sesetengah pemancing.
Baikkah. Saya nak kongsi satu jenis ikatan yang paling asas bagaimana untuk mengikat mata pancing. Ikatan ini dinamakan "Ikatan Pemancing" Ikutilah langkah-langkah berikut:
Rajah 1
1.Sediakan mata pancing dan tali perambut yang sesuai seperti Rajah 1 di atas.
Rajah 2
2. Masukkan hujung tali A seperti Rajah 1 ke dalam lubang mata pancing seperti Rajah 2 di atas.
Rajah 3
3. Belitkan Hujung tali A pada gelungan tali dan mata pancing seperti Rajah 3 di atas. Semakin banyak belitan yang anda buat, semakin kuat ikatan atau simpulan yang bakal terbentuk nanti.
Rajah 4
4. Tarik pada hujung tali A dan hujung satu lagi tali ikut anak panah untuk mengetatkan simpulan. Perhatikan Rajah 4 di atas.
Rajah 5
5. Setelak proses mengetatkan dibuat, simpulan "Ikatan Pengail" telah siap. Ia kelihatan malahan realitinya, amat kuat. Patin atau Tapah 10 Kg yang terkena tidak akan terlucut. Hanya yang mungkin, mata pancing yang patah atau tali terputus sahaja sebagai penentu.
Sekian sahaja posting saya untuk kali ini. Jika ada kesempatan, saya akan uploadkan video cara membuat "Ikatan Pengail". Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment