Recent Visitors

Monday, August 8, 2011

Ramadhan Dan Mancing

Salam untuk semua pengunjung blog.

Nampaknya pada bulan Ramadhan ini, kawan rasa malas nak menulis atau updatekan blog ini. Bukan apa, rasa letih bila seharian berpuasa. Ni sewaktu kawan menulis ni.. baru aje balik dari masjid. Tapi bila mengenangkan blog yang telah lama tidak diupdatekan... kena juga buka laptop. Dan tulis sesuatu.

Sebenarnya sejak awal ramadhan seminggu lalu, kawan memang dah lama tidak mengunjungi kolam atau sungai. Sabtu dan ahad lepas, teragak juga untuk mengunjungi kolam tapi.. Anak-anak di rumah mengajak teman balik ke kampung untuk mengunjungi datok dan nenek mereka untuk sama-sama bersahur dan berbuka di kampung. Maka berangkatlah teman ke kampung di Gemas Negeri Sembilan. maka hajat untuk mengunjungi kolam dan sungai simpan sahajalah sehingga ada kesempatan.

Walaubagaimanapun, mancing ini memang tidak boleh dilupakan. Walaupun tiada kesempatan untuk memancing, teman akan cari dan ikut laluan yang melintasi kolam atau sungai sewaktu berkunjung ke kampung. Tak dapat memancing tetapi dapat melepaskan pandangan ke sungai atau kolam telah cukup melepaskan gian memancing.

Sepanjang seminggu bulan Ramadhan ini, teman dapati ramai juga kawan-kawan yang mengunjungi website umpanpower.com teman. Maknanya ramai juga kawan-kawan yang terus memancing sepanjang bulan Ramadhan ini. Mancing tetap memancing dan kewajipan kita tetap dilaksanakan. Selamat Berpuasa dan selamat memancing.

Satu berita baik di TV jam 8.00 tadi... Semua kakitangan kerajaan akan menerima setengah bulan Gaji sebagai bonus tahun ini untuk menyambut Aidil-Fitri. Syukur ke hadrat Illahi. Tapi.. jangan habiskan di kolam memancing...kah  kah kah.

No comments: