Thursday, July 28, 2011

Mancing Dan Bulan Ramadhan

Salam untuk pengunjung blog ini.

Nampaknya tak lama lagi, Insya Allah hari Isnin ini, kita orang Islam akan menunaikan Rukun Islam yang ke 3 iaitu berpuasa. Puasa sebenarnya adalah ibadah yang diwajibkan ke atas kita orang Islam. Namun begitu sebagai pemancing, puasa sebenarnya tidak akan menghalang aktiviti kita hanya mungkin menghadkan pergerakan dan aktiviti kita.

Sebenarnya seronoknya juga jika ada aktiviti terutama dihujung minggu yang mungkin membosankan kita. Maklum sahajalah. Nak bersembang di Kedai mamak mungkin malahan tidak mungkin untuk kita yang tengah berpuasa. Sebelah malamnya pula mungkin kita akan bersolat terawih. Oleh itu masa yang terluang di hari Sabtu atau Minggu atau cuti umum, elokklah kita isi dengan aktiviti memancing. Sekurang-kurangnya kita lupa waktu menunggu berbuka yang mungkin dirasakan amat lama terutama di awal Ramadhan ini. Jika dah masuk ke minggu kedua dan ketiga... dah tidak terasa sangat.

Oleh itu aktiviti memancing ini akan menjadi satu aktiviti yang mengisi masa kita sambil menunggu waktu berbuka. Rakan-rakan boleh mengunjungi kolam-kolam memancing atau sungai mahupun tasik. Tapi awas Bang. Janganlah kita pergi ke tempat yang panas tanpa pelindung. Takut-takut nanti tercabar iman di dada.

Sebagai admin blog, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada rakan-rakan pembaca yang beragama Islam. Puasa adalah satu ibadah yang diwajibkan kepada kita yang beragama Islam. Ia adalah satu latihan fizikal dan rohani yang berkehendakkan kita sentiasa bersabar. Sebagai pemancing kita memang selalu bersabar. Kalau tidak sabar... kita tidak akan mendapat hasil pancingan kita. Selamat Berpuasa. 

Jumpa lagi di posting yang akan datang.

No comments: