Sebut sahaja Baung...Kebanyakkan pemancing sungai amat teruja untuk mendapat spesies ini. Nak tahu kenapa ?
Saya sendiri pun tidak tahu.Tetapi kebanyakan pemancing, jika ke sungai... inilah spesies yang menjadi idaman setiap pemancing sungai untuk menaikkannya.
Malahan ada pemancing yang ke sungai semata-mata untuk mencari spesies ini. Mungkin agaknya seronok menarik baung telah terkena pancing ini terutama yang bersaiz melebihi 1kg... amat seronok dan sedikit mencabar. Di samping itu, rasa baung bila telah di masak (terutama masak lemak cili api) sungguh enak tidak terkata. Sehinggakan ada orang kata "Mak Janda lalu di hadapan, kita tidak akan perasan" bila tengah makan berlaukkan baung masak lemak cili api.
Okeylah. Saya tak mahu cerita tentang ikan baung ini. Kerana ramaipemancing telah tahu dan rasa samada semasa menarik baung yang telah terkena pancing atau menikmati kenikmatan dan kelazatan masakan baung dengan cili api.
Apa yang saya nak cerita atau kongsikan di sini ialah apakah umpan yang paling sesuai untuk memburu spesies ikan air tawar ini. Bagaimanakah untuk menyediakan umpan tersebut.
Untuk makluman saudara pembaca semua, gambar baung di atas adalah baung seberat 3.4 kilogram, dipancing di Rompin Pahang pada bulan Mei lepas. Kawan-kawan tentu tidak sabar nak tahu apakah umpan yang saya gunakan...? Sebenarnya saya hanya gunakan umpan Komboja (Baunya...busuk sedikit tetapi hasilnya...MasyaAllah! Buktinya adalah gambar di atas) Saya bukan nak promosi umpan tersebut. Kerana saya bukan penjualnya. Saya juga beli umpan tersebut lebih kurang RM45, sebotol. Saya hanya nak kongsikan kepada pengunjung blog semua bahawa jika nak dapatkan baung bersaiz besar seperti di atas, gunakanlah Umpan Komboja. Saya percaya kawan-kawan semua pasti telah mendengar dengan umpan tersebut.
Mungkin ada yang tanya "Bang. Pancing masa air pasang atau air surut?" Untuk mancing baung, air surut adalah masa terbaik. Pada masa ini ikan kebanyakkan berada di tengah sungai. Di sebelah tebing sungai, biasanya telah semakin cetek. Baung suka berada di tengah sungai kerana kebanyakkan makanan juga berada di tengah sungai. Jika saudara menggunakan sampan/boat, gunakan sauh agar sampan/sauh anda sentiasa berada di tengah sungai.
Jika boleh, lintangkan kedudukan sampan/boat anda. Ini akan memudahkan anda dan rakan penumpang sampan/boat anda membaling pancing ke sebelah hilir arus sungai. Saudara tidak perlu baling jauh ke hilir. Cukup sekadar 20 ke 30 kaki dari kedudukan anda. Tapi ingat!! Sentiasa bersedia memegang joran anda terutama jika anda menggunakan joran kecil. Tarikan baung dengan umpan komboja ini amat ganas dan rakus. Jika terleka, ada kemungkinan joran anda akan terjun ke sungai...
Okey. Itu sahaja yang saya nak kongsikan. Kita jumpa lagi di posting yang akan datang ini. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment